Friday, March 20, 2015

Menulis

Entri pertama dah nak cerita sedih.
Ehh.. memang fungsi blog ni untuk aku meluahkan rasa kesedihan dan keseorangan aku ini.

Ok memang pathethic.
Aku tak tahu nak bercerita dengan siapa.
Aku tatau siapa boleh aku percaya.
Lebih baik aku meluah tanpa dikenali dan mengenali.

Kebelakangan ini yang banyak berputar di kepala aku ialah kesalahan lampau.
Apakah ini memberi apa-apa gambaran?
Atau kebarangkalian terjadinya apa-apa pada aku?

Aku sekarang dihurung rasa bersalah, bodoh dan berdosa.
Aku ini terlalu kerap melakukan kesilapan.
Aku rasa aku ini dibenci semua orang...
..bukan sekarang ini, tapi sejak aku kecil lagi.
Malah di mana-mana saja aku berada.
Waima.. anak-anak aku pon tidak menghargai aku.
Apatah lagi suami, adik-beradik dan kawan-kawan.

Adakah ini satu bentuk tekanan perasaan?
Adakah kerana aku ini terlalu jauh dengan NYA?
Apakah perlu aku membuat supaya semua orang suka pada aku?
Adakah ia membantu?
Ok..
Kepada siapa soalan ini diajukan?
Siapakah yang akan menjawab persoalan ini?
Adakah soalan ini akan terjawab??

Akhirnya.
Aku tetap seorang di sini.